Masa yang diambil untuk tanyangan filem ini adalah 90 minit. Jadi satu cerita mengambil masa hanya dalam 30 minit untuk digarap. Rasanya 30 minit tidak dapat mengupas ketiga-tiga citer dengan lebih mendalam. Ianya seolah 3 cerita pendek yang dicantum menjadi satu filem dibawah satu tajuk.

SINOPSIS FILEM MAUT
Dalam kehidupan manusia, terdapat sepohon pokok. Setiap kali daunnya jatuh, satu nyawa manusia akan diambil. Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan menjalankan tugasnya mengambil nyawa manusia, yang namanya tertera pada daun tersebut.
Cerita 1:
Ketenangan Abadi. Lina, seorang pelajar, dalam perjalanan pulang dari universiti. Di dalam bas, selain Lina, terdapat seorang lagi gadis, Fadilah. Setelah pulang ke rumah, Lina rasa serba tak kena, dia rasa seram sejuk. Tiba-tiba pintu rumah Lina diketuk orang. Seorang gadis (Fadilah) dalam keadaan basah kuyup meminta bantuan untuk menumpang teduh di rumah Lina. Oleh kerana malam semakin larut, hujan lebat dan Fadilah telah diragut, Lina dengan simpatinya mengizinkan Fadilah bermalam di rumahnya. Keesokan hari, Lina dapati Fadilah telah tiada. Tiada seorangpun percaya dengan cerita Lina tentang Fadilah. Keesokannya, di televisyen, berita kehilangan Fadilah ke udara. Lina ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku kepada Fadilah. Fadilah sebenarnya telah dirogol dan dibunuh. Rohnya tidak tenteram.
Su nekad menjejaki Fadilah. Dia pergi mencari alamat yang ditinggalkan oleh Fadilah sewaktu dia bermalam di rumah Su tempoh hari. Setelah menjumpai alamat yang dicari, Su agak sangsi kerana dia telaah sampai di kawasan tanah perkuburan orang kristian. Su menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan yang selanjutnya. Akhirnya dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak polis, maka mayat Fadilah telah berjaya ditemui. jenazah Fadilah telah dihantar pulang ke kampung ibubapanya untuk dikebumikan. maka selesailah sudah kes yang terjadi di bulan Sya'ban.
Cerita 2:
Sinar Harapan. Farah, pramugari yang mengamalkan cara hidup bebas. Farah berkahwin dengan Duke, jejaka Inggeris yang dikenalinya sekian lama. Setelah Farah pulang daripada penerbangannya, mereka mengadakan parti meraikan perkahwinan mereka. Namun ketika di parti tersebut, Farah rasa cemburu apabila Duke kelihatan intim dengan perempuan lain. Mereka bergaduh dan Farah keluar meninggalkan Duke. Apabila tersedar, Farah telah ada di hospital, dengan seorang perempuan tidak dikenali menemaninya. Farah menceritakan kepada perempuan itu tentang siksaan yang dialaminya sepanjang koma beliau. Farah begitu menyesal atas kelakuannya selama ini. Dia telah melalui pembalasannya sepanjang berada dalam koma itu. Farah mahu bertaubat.
Farah telah mengamalkan hidup sebagai orang Islam yang sepatutnya. Dia telah meninggalkan minuman keras, menunaikan solat, berpuasa, menutup aurat dan lain2. Dia juga telah kembali kepada suaminya dan sama-sama berjanji untuk mengubah kehidupan sebelum ini kepada kehidupan berlandaskan Islam yang sebenar-benarnya. Maka selesailah peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan.
Cerita 3:
Azab Balasan. JJ, seorang lelaki muda yang telah lupa asal usul dan pegangan agamanya. Tattoo menghiasi badannya, muzik black metal memenuhi halwa telinganya. Teguran ibu dan kakaknya diambil ringan. Satu malam, selepas pulang daripada menghadiri konsert black metal, JJ dan kawan-kawan yang di bawah pengaruh dadah telah terlibat dalam kemalangan. Proses kematiannya kelihatan sangat menyakitkan dan mengelirukan. JJ juga tidak mampu mengucapkan kalimah dua syahadah. Ketika menguruskan jenazah JJ, dugaan lain pula yang dialami keluarganya, seolah-olah rohnya tidak pernah tenteram.
Pelbagai perkara pelik sewaktu menguruskan jenazah JJ. Kakak JJ bertanggungjawag untuk membawa pulang jenazah adiknya JJ untuk dikebumikan, akan tetapi dengan kuasa Allah, kenderaan jenazah yang ada telah patah absobernya sebaik sahaja jenazah JJ dimasukkan ke dalamnya. Akan tetapi dengan bantuan kawan kakak JJ, jenazahnya telah berjaya di bawah ke tanah perkuburan. Di tanah perkuburan juga berlaku perkara aneh, di mana lubang kuburnya dimasuki air. Semakin air itu dikeluarkan semakin ianya bertambah, malah hujan turun dengan lebat sekali. Pengkebumian tetap diteruskan. Kejadian aneh tetap terjadi 2 hari selpas itu di mana tanah pada kubur dimana JJ disemadikan menjadi mendap. Walau telah ditambah tanah, pada keesokkan ianya aka tatp mendap. Inilah peristiwa yang berlaku dibulan Syawal. Begitulah petunjuk dan peringatan yang diberikan untuk insannya yang masih masih hidup. Sama-samalah kita menilai dan berubah kepada kebaikkan. Insyaallah.











