Wednesday, January 14, 2009

Renjis Musim Ke 2 !

Setiap malam Rabu plak aku layan citer "Renjis". Renjis 2 menyambung semula kisah percintaan Kirana yang 'terbengkalai' dalam musim lalu. Bagaimanapun, kerjaya Kirana sebagai perancang perkahwinan tetap berjalan seperti biasa. Begitu juga dengan tanggungjawabnya sebagai anak sulung dalam sebuah keluarga kecil yang 'kehilangan' ketua keluarga bergelar 'lelaki' sejak 10 tahun lalu. Dia turut berdepan dengan masalah sewa kedai melambung tinggi akibat projek mega oleh A&A Corporation Berhad yang digelarnya sebagai "perampas perniagaan kecil-kecilan".



Musim kedua mengekalkan lima pelakon asal iaitu Elyana sebagai Kirana, Liza Abdullah (Seri), Asraf Muslim (Kelana), Sherry Ibrahim (Karmila) dan Syed Ali (Rafiq). Muka baru untuk musim ini ialah Ahmad Kamal Ahmad Adli sebagai Budi dan Steve Yap sebagai Ari. Asraf Sinclair yang membawakan watak utama iaitu Dean atau nama sebenarnya Ungku Alauddin Ungku Alwi dalam musim lepas, kini akan muncul sebagai watak undangan.

Huhuhuhuhu malam tadi berakhirlah Kisah Renjis musim kedua. Lastly Kirana telah memilih Budi, but mungkin pasnie ada musim ketiga kut. Coz Kirana just kata dia nak ikut Budi walau kemana saja Budi pergi... Wait for new season of RENJIS !

No comments:

Post a Comment