Monday, January 12, 2009

Awan Dania!

Erm.. Setiap malam Isnin Siri Awan Dania nie mengisi ruang waktu malam ku. Bagi aku citer nie simple and nice. Macam seronok je nak jadi Flight Attendant (FA). Semalam merupakan episodnya terakhir. The ending of the story tak berapa best ....





Siri ini berkisar kepada perjalanan hidup Dania yang ingin menjadi pramugari, sesuatu yang tidak pernah masuk akal bagi seorang gadis lasak sepertinya. Dania gadis lasak dan cekal membantu bapa dan abangnya bekerja mengendalikan bagasi.

Dia sering memikirkan mengenai masa depannya dan cemburu apabila melihat orang di sekelilingnya terus berjaya dalam kehidupan masing-masing.

Perkara itu berlarutan sehingga beliau terdetik menjadi pramugari. Impiannya itu menjadi bahan ketawa abang-abangnya yang tidak pernah memberi semangat malah memperkecilkan keinginan Dania yang ingin bekerja di langit biru.

Nasib ternyata menyebelahi Dania apabila dia terpilih dan dikehendaki mendaftarkan diri di akademi latihan. Perwatakan Dania yang lebih agresif dan lasak membezakannya dengan rakan lain yang ingin menjadi pramugari dengan tujuan berbeza.

Di sinilah bermulanya kisah Dania mengharungi suka duka dalam kerjaya dan persahabatan yang baru dibina. Bukan itu saja, jurulatih yang membimbing Dania di akademi latihan juga sering bersikap tegas terutamanya kepada Dania yang tidak menonjolkan sifat kesopanan dan kelembutan seorang wanita.

No comments:

Post a Comment