Friday, January 16, 2009

MAUT !

Malam nie plan nak gie tonton wayang filem MAUT. Show kul 11.30 pm. Erm ... perasaan sebelum menonton amat berdebar2 rasanya. Takut nak tengok sebenarnya tapi tengok triller citer nie macam best gak. So Aku pun kuatkan semangat untuk menonton filem nie ... Sokonglah filem buatan Malaysia !


Masa yang diambil untuk tanyangan filem ini adalah 90 minit. Jadi satu cerita mengambil masa hanya dalam 30 minit untuk digarap. Rasanya 30 minit tidak dapat mengupas ketiga-tiga citer dengan lebih mendalam. Ianya seolah 3 cerita pendek yang dicantum menjadi satu filem dibawah satu tajuk.



SINOPSIS FILEM MAUT


Dalam kehidupan manusia, terdapat sepohon pokok. Setiap kali daunnya jatuh, satu nyawa manusia akan diambil. Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan menjalankan tugasnya mengambil nyawa manusia, yang namanya tertera pada daun tersebut.


Cerita 1:


Ketenangan Abadi. Lina, seorang pelajar, dalam perjalanan pulang dari universiti. Di dalam bas, selain Lina, terdapat seorang lagi gadis, Fadilah. Setelah pulang ke rumah, Lina rasa serba tak kena, dia rasa seram sejuk. Tiba-tiba pintu rumah Lina diketuk orang. Seorang gadis (Fadilah) dalam keadaan basah kuyup meminta bantuan untuk menumpang teduh di rumah Lina. Oleh kerana malam semakin larut, hujan lebat dan Fadilah telah diragut, Lina dengan simpatinya mengizinkan Fadilah bermalam di rumahnya. Keesokan hari, Lina dapati Fadilah telah tiada. Tiada seorangpun percaya dengan cerita Lina tentang Fadilah. Keesokannya, di televisyen, berita kehilangan Fadilah ke udara. Lina ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku kepada Fadilah. Fadilah sebenarnya telah dirogol dan dibunuh. Rohnya tidak tenteram.


Su nekad menjejaki Fadilah. Dia pergi mencari alamat yang ditinggalkan oleh Fadilah sewaktu dia bermalam di rumah Su tempoh hari. Setelah menjumpai alamat yang dicari, Su agak sangsi kerana dia telaah sampai di kawasan tanah perkuburan orang kristian. Su menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan yang selanjutnya. Akhirnya dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak polis, maka mayat Fadilah telah berjaya ditemui. jenazah Fadilah telah dihantar pulang ke kampung ibubapanya untuk dikebumikan. maka selesailah sudah kes yang terjadi di bulan Sya'ban.


Cerita 2:


Sinar Harapan. Farah, pramugari yang mengamalkan cara hidup bebas. Farah berkahwin dengan Duke, jejaka Inggeris yang dikenalinya sekian lama. Setelah Farah pulang daripada penerbangannya, mereka mengadakan parti meraikan perkahwinan mereka. Namun ketika di parti tersebut, Farah rasa cemburu apabila Duke kelihatan intim dengan perempuan lain. Mereka bergaduh dan Farah keluar meninggalkan Duke. Apabila tersedar, Farah telah ada di hospital, dengan seorang perempuan tidak dikenali menemaninya. Farah menceritakan kepada perempuan itu tentang siksaan yang dialaminya sepanjang koma beliau. Farah begitu menyesal atas kelakuannya selama ini. Dia telah melalui pembalasannya sepanjang berada dalam koma itu. Farah mahu bertaubat.


Farah telah mengamalkan hidup sebagai orang Islam yang sepatutnya. Dia telah meninggalkan minuman keras, menunaikan solat, berpuasa, menutup aurat dan lain2. Dia juga telah kembali kepada suaminya dan sama-sama berjanji untuk mengubah kehidupan sebelum ini kepada kehidupan berlandaskan Islam yang sebenar-benarnya. Maka selesailah peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan.


Cerita 3:


Azab Balasan. JJ, seorang lelaki muda yang telah lupa asal usul dan pegangan agamanya. Tattoo menghiasi badannya, muzik black metal memenuhi halwa telinganya. Teguran ibu dan kakaknya diambil ringan. Satu malam, selepas pulang daripada menghadiri konsert black metal, JJ dan kawan-kawan yang di bawah pengaruh dadah telah terlibat dalam kemalangan. Proses kematiannya kelihatan sangat menyakitkan dan mengelirukan. JJ juga tidak mampu mengucapkan kalimah dua syahadah. Ketika menguruskan jenazah JJ, dugaan lain pula yang dialami keluarganya, seolah-olah rohnya tidak pernah tenteram.


Pelbagai perkara pelik sewaktu menguruskan jenazah JJ. Kakak JJ bertanggungjawag untuk membawa pulang jenazah adiknya JJ untuk dikebumikan, akan tetapi dengan kuasa Allah, kenderaan jenazah yang ada telah patah absobernya sebaik sahaja jenazah JJ dimasukkan ke dalamnya. Akan tetapi dengan bantuan kawan kakak JJ, jenazahnya telah berjaya di bawah ke tanah perkuburan. Di tanah perkuburan juga berlaku perkara aneh, di mana lubang kuburnya dimasuki air. Semakin air itu dikeluarkan semakin ianya bertambah, malah hujan turun dengan lebat sekali. Pengkebumian tetap diteruskan. Kejadian aneh tetap terjadi 2 hari selpas itu di mana tanah pada kubur dimana JJ disemadikan menjadi mendap. Walau telah ditambah tanah, pada keesokkan ianya aka tatp mendap. Inilah peristiwa yang berlaku dibulan Syawal. Begitulah petunjuk dan peringatan yang diberikan untuk insannya yang masih masih hidup. Sama-samalah kita menilai dan berubah kepada kebaikkan. Insyaallah.

Thursday, January 15, 2009

Rona Roni Makaroni !

Hehe .... Malam nie plak nak layan citer "Rona Roni Makaroni". Selalunya penonton setia citer nie Aku ngan Ija. Tapi malam nie ija ada Kelas Tafsir @ Celebrate Besday Tunangnya. So malam nie mungkin layan ngan aisyah jer kut :) .. OK wat daripada tonton sorang2. Prefer lagi tonton citer nie dari "Puaka Nyar Lampir@tv3 tue coz lebih hantu dari manusia.. heheheh sebenarnya takut.


Drama komedi romantik ini mengisahkan kisah percintaan tiga segi antara Roni, Rona dan Gia. Roni adalah merupakan seorang tukang masak/tuan punya sebuah restoran Perancis dia Kuala Lumpur. Roni mempuntai seorang kekasih bernama Gia yang dikenalinya semasa mereka berdua menuntut di Perancis dahulu.

Satu perkara tentang Roni ialah dia gemar memasak. Dan masakannya hebat apabila dia ‘in love’. Sebab itu ketika dia bercinta dengan Gia, Roni akan sentiasa memasak untuk kekasihnya. Antara menu kegemaran Gia ialah Macaroni and Cheese sentuhan Roni.

Disebabkan cinta jugak Roni berazam mahu membuka sebuah restoran Perancis untuk diusahakan mereka bersama sekembalinya mereka ke Perancis setelah tamat pengajian. Namun bukan semua yang dirancang menjadi kenyataan apabila sekembalinya mereka berdua di ke Perancis, setelah restoran Perancis yang bernama GiaMacaRoni dibuka tiba tiba Gia mendapat tawaran berlakon dari sahabat lamanya.

Tawaran ini membuatkan Gia benar benar teruja dan dengan restu Roni (meskipun berat pada awalnya tapi demi cinta dia akur) akhirnya Gia menjadi seorang pelakon. Semenjak dari hari itu Gia mula popular sebagai pelakon sehingga mengabaikan restoran yang sepatutnya diusahakan secara bersama dengan Roni.

Tambah memburukkan keadaan apabila Ben, manager yang menguruskan Gia (yang sangat dibenci oleh Roni) telah mendesak Gia supaya jangan ‘declare’ hubungannya dengan Roni di depan public demi masa depan kariernya sebagai pelakon yang terkenal. Semenjak dari hari itu Roni mula memendam rasa.

Kalau diikutkan perasaan mahu saja dia putuskan hubungan itu tetapi disebabkan cinta yang teramat mendalam terhadap Gia, Roni terpaksa menelan semua itu. Perlahan-lahan Roni mula berubah. Dia mula menjadi seorang yang baran dan ego. Malah skil masakannya mula merosot disebabkan dirinya yang mula dipenuhi dengan rasa marah dan terkilan sehingga sedikit sebanyak telah mula menjejaskan perniagaan restoran GiaMacaRoninya yang mula hampir muflis.

Dalam pada itu wujud seorang gadis kampung berperwatakan pelik bernama Rona yang berasal dari utara. Rona merupakan anak tunggal yang bekerja kilang. Dia tinggal bersama emak dan ayah tirinya yang pemalas dan suka berjudi (ayahnya telah meninggal dunia). Hobinya suka memasak.

Namun begitu yang anehnya setiap kali dia memasak pasti tidak menjadi. Tapi itu tidak pernah mematahkan semangat Rona untuk terus memasak. Dalam pada itu antara resepi yang paling Rona teringin hendak masak ialah Macaroni and Cheese. Tapi masalahnya dia tak pernah berkesempatan apatah lagi Rona tinggal dikampung.

Nak dijadikan cerita pada satu malam ayah tirinya cuba merogolnya. Mujur emaknya berjaya menyelamatkannya dengan menyuruh Rona ke KL mencari ayah kandungnya yang selama ini disangkakan telah mati. Dengan berbekalkan sekeping gambar dan rasa terperanjat dan keliru nak tak hendak Rona pergi ke KL sehelai sepinggan tanpa mengenali seorang pun di KL (malahan Rona tak pernah pergi KL pun selama ini) .

Di KL Rona telah bertemu dengan Roni secara kebetulan akibat dari satu insiden kecoh kerana salah faham. Jess, adik kepada Roni yang kesiankan Rona yang seorang diri datang KL telah menumpangkan Rona tinggal bersama dengannya tanpa pengetahuan Roni. Namun rahsia yang cuba disembunyikan Jess akhirnya sampai ke pengetahuan Roni sehingga menimbulkan kemarahan Roni. Walau bagaimanapun disebabkan desakan Jess yang kesiankan Rona akhirnya nak tak hendak Roni terpaksa membenarkan Rona tinggal dengan mereka.

Berbalik semula pada hubungan Roni dan Gia. Hubungan mereka berdua semakin meruncing. Gia semakin sibuk dengan karier lakonannya, Kesibukan Gia menyebabkan Roni semakin melampau lampau penyakit panas baran serta egonya. Roni semakin berjauh hati dan Gia mula tersepit antara tuntutan karier serta cintanya terhadap Roni. Untuk itu Gia merasakan dia perlu melakukan pengorbanan. Gia memberitahu Ben, managernya yang filemnya yang sedang dijalankan sekarang adalah filem dia yang terakhir untuk sementara waktu.

Gia berjanji pada Roni yang dia akan menumpukan perhatiannya pada Roni selepas project filem terakhirnya untuk tahun itu. Keputusan Gia tidak begitu dipersetujui oleh Ben. Bagi Ben sekiranya Gia berhenti berlakon maka mata pencariannya sebagai manager akan terjejas. Malah secara rahsia Ben mula menyeleweng duit simpanan Gia tanpa pengetahuan Gia dengan bantuan sahabat lamanya bernama Ery. Sebab itu Ben akan buat apa jua cara supaya Gia tidak berhenti dari berlakon. Maka di sini Gia sendiri mula tersepit antara dua keadaan.

Sehinggalah satu hari skandal Ben telah terbongkar. Dia diugut oleh seorang Datuk berbangsa Cina bernama Datuk Jason yang mempunyai niat untuk memiliki Gia sebagai isteri. Datuk Jason telah bertaruh dengan Datuk Majid untuk memiliki Gia. Untuk itu Datuk Jason akan buat apa saja termasuk mengugut Ben. Untuk mendapatkan Gia Datuk Jason bersetuju menubuhkan satu syarikat filem untuk Gia. Ini supaya dia boleh sentiasa berdampingan dengan Gia.

Oleh itu nak tak hendak Ben terpaksa menerima tawaran Datuk Jason tanpa berbincang dengan Gia. Tindakan Ben itu benar benar membuatkan Gia marah kerana disebabkan tindakannya itu menyebabkan hubungannya dengan Roni semakin keruh. Roni akhirnnya mendapat tahu yang Gia ‘terpaksa’ berlakon tiga lagi filem dengan producer baru iaitu Datuk Jason.

Tambah memburukkan keadaan apabila press mula bergossip mengatakan Datuk Jason adalah kekasih baru Gia. Apatah lagi Gia akhirnya terpaksa keluar negeri kerana projek filemnya dengan Datuk Jason. Keadaan ini benar benar mengecewakan Roni sehingga hubungan mereka terputus.

Dalam pada itu hubungan Rona dan Roni semakin akrab. Rona akhirnya berjaya menyelami perasaan Roni. Barulah Rona sedar mengapa Roni bersikap panas baran seperti itu. Semuanya gara gara mempertahankan maruah dirinya sebagai seorang kekasih.

Roni sebenarnya jauh hati dengan Gia. Bagi Gia Roni tak ubah seperti kekasih gelapnya. Sepanjang Gia bergelar pelakon Gia tak boleh declare hubungannya dengan Roni in public. Itu yang benar benar mengecewakan Roni. Ini secara tidak langsung meninggalkan kesan pada kebolehan Roni dalam bidang masakan.

Masakannya sudah mula hilang sentuhan keramatnya. Malah perniagaan restauranynya mula merudum disebabkan perangai panas barannya sehingga tak der orang yang mahu bekerja dengan dirinya. Justeru itu Rona sedar yang dia perlu lakukan sesuatu untuk mengembalikan semula semangat lelaki itu. Semenjak daripada hari itu Rona mula rapat dengan Roni. Dan semakin dia mengenali lelaki itu semakin dia memahami siapa Roni yang sebenarnya. Dan perlahan lahan mula terbit perasaan antara mereka berdua.

Sehinggalah pada suatu Gia muncul semula setelah menyedari kesilapannya. Gia ingin menebus semula dosanya terhadap Roni, Tapi kehadiran Rona dalam hidup Roni menyebabkan ketegangan berlaku antara mereka bertiga. Siapa yang akan dipilih oleh Roni hanya masa yang akan menentukannya.

Wednesday, January 14, 2009

Renjis Musim Ke 2 !

Setiap malam Rabu plak aku layan citer "Renjis". Renjis 2 menyambung semula kisah percintaan Kirana yang 'terbengkalai' dalam musim lalu. Bagaimanapun, kerjaya Kirana sebagai perancang perkahwinan tetap berjalan seperti biasa. Begitu juga dengan tanggungjawabnya sebagai anak sulung dalam sebuah keluarga kecil yang 'kehilangan' ketua keluarga bergelar 'lelaki' sejak 10 tahun lalu. Dia turut berdepan dengan masalah sewa kedai melambung tinggi akibat projek mega oleh A&A Corporation Berhad yang digelarnya sebagai "perampas perniagaan kecil-kecilan".



Musim kedua mengekalkan lima pelakon asal iaitu Elyana sebagai Kirana, Liza Abdullah (Seri), Asraf Muslim (Kelana), Sherry Ibrahim (Karmila) dan Syed Ali (Rafiq). Muka baru untuk musim ini ialah Ahmad Kamal Ahmad Adli sebagai Budi dan Steve Yap sebagai Ari. Asraf Sinclair yang membawakan watak utama iaitu Dean atau nama sebenarnya Ungku Alauddin Ungku Alwi dalam musim lepas, kini akan muncul sebagai watak undangan.

Huhuhuhuhu malam tadi berakhirlah Kisah Renjis musim kedua. Lastly Kirana telah memilih Budi, but mungkin pasnie ada musim ketiga kut. Coz Kirana just kata dia nak ikut Budi walau kemana saja Budi pergi... Wait for new season of RENJIS !

Tuesday, January 13, 2009

Ku Milik Mu !

: Pagi :

Today is Tuesday, macam biasa bangun pagi bersiap ke opis. Perjalanan seperti biasa. Sampai di pejabat on PC and baca apa yang patut sambil menanti Cik Yan untuk bersarapan. Hari nie kami plan nak gie breakfast di Latif@Cafe.. tukar angin skitlahhh ...


: Tghari :

Tunggu punya tunggu so msa dah time untuk lunch plak. Today lunch tambah sorang ahli (aku, Yan dan Jumie)

: Ptg :

Fuuiihh, dah nak balik. So pas solat asar packing apa yang patut. Today flight delay skit gara-gara cari pascard tak jumpa. Alhamdulillah, dengan kerjasama and bantuan Cik Yan (WONDER PETs) maka pascard yang dicari-cari ditemui tepat jam 4.25 pm.


: Malam :

Macam biasa malam nie layan drama kat TV3 - "Ku Milik Mu". Citer nie pun ok gak. But watak Cik Kirana tue little bit bengong. Dengan spec mana sebesar alam .. erm layan jelah ...




Sinopsis Ku Milikmu:


Ku Milikmu mengisahkan Iqbal dan Suraya yang telah menjalinkan percintaan selama dua tahun melalui internet. Iqbal mengenali Suraya sebagai Kirana kerana Suraya menggunakan nama samaran sebagai Kirana di dalam internet. Suraya merupakan anak Malaysia dan dibesarkan di luar Negara. Suraya membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia dan bertemu buat pertama kalinya dengan Iqbal. Namun, ketika di lapangan terbang Suraya terfikir untuk menguji kejujuran Iqbal dengan menyuruh pembantunya yang bernama Kirana untuk menggantikan tempatnya.

Monday, January 12, 2009

Awan Dania!

Erm.. Setiap malam Isnin Siri Awan Dania nie mengisi ruang waktu malam ku. Bagi aku citer nie simple and nice. Macam seronok je nak jadi Flight Attendant (FA). Semalam merupakan episodnya terakhir. The ending of the story tak berapa best ....





Siri ini berkisar kepada perjalanan hidup Dania yang ingin menjadi pramugari, sesuatu yang tidak pernah masuk akal bagi seorang gadis lasak sepertinya. Dania gadis lasak dan cekal membantu bapa dan abangnya bekerja mengendalikan bagasi.

Dia sering memikirkan mengenai masa depannya dan cemburu apabila melihat orang di sekelilingnya terus berjaya dalam kehidupan masing-masing.

Perkara itu berlarutan sehingga beliau terdetik menjadi pramugari. Impiannya itu menjadi bahan ketawa abang-abangnya yang tidak pernah memberi semangat malah memperkecilkan keinginan Dania yang ingin bekerja di langit biru.

Nasib ternyata menyebelahi Dania apabila dia terpilih dan dikehendaki mendaftarkan diri di akademi latihan. Perwatakan Dania yang lebih agresif dan lasak membezakannya dengan rakan lain yang ingin menjadi pramugari dengan tujuan berbeza.

Di sinilah bermulanya kisah Dania mengharungi suka duka dalam kerjaya dan persahabatan yang baru dibina. Bukan itu saja, jurulatih yang membimbing Dania di akademi latihan juga sering bersikap tegas terutamanya kepada Dania yang tidak menonjolkan sifat kesopanan dan kelembutan seorang wanita.

Sunday, January 11, 2009

Ahad : Tanggal 11 Januari 2009

Tanggal 11 Januari 2009, sekali lagi meraikan hari kelahiran penyanyi No 1 negara, Siti Nurhaliza yang genap 30 tahun. Welcome to the 30's club. All the best 2 u ...

Happy Birsthday 2 Me ...
Hubungan yang bukan lagi rahsia!

Gembira bahagia bersama !

Tetap cantik di usia 30 tahun! Apa rahsianya?

Jap ... Abang pun nak enter frame gaks !

Sesi memotong kek. Tepuklah tangan ...

Satu, dua, tiga tingkat yea .....

Erm.. nak ambil gambar gak ekk !!

Ok Lah Tuh !!!